DISEMBER 2022

JX Nippon Oil & Gas Exploration Corporation Terokai Kerjasama Dengan Sarawak


TOKYO: Syarikat JX Nippon Oil & Gas Exploration Corporation akan terus menerokai lebih banyak kerjasama dengan Kerajaan Sarawak.

Ini bagi memperluaskan perniagaan syarikat terbabit di negeri ini selari Strategi Pembangunan Pasca Covid 2023.

Sehubungan itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan gembira dengan syarikat terbabit yang telah beroperasi di Sarawak sejak 1987.

Ini selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Pengarah,  Naib Presiden Kanan, Pengarah Eksekutif, Business Division 1 JX Nippon Oil & Gas Exploration Corporation, Hideo Kondo.

Pertemuan itu diadakan ketika Awang Tengah mengadakan lawatan rasminya ke Tokyo minggu ini bersama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Malcolm Mussen Lamoh dan wakil agensi berkaitan dari negeri ini.

Syarikat terbabit juga memberi taklimat kepada rombongan dari Sarawak itu berhubung operasinya di Sarawak dan meneroka peluang perniagaan baharu seperti pengumpulan dan penyimpanan karbon.

Sumber dari : Jiwa Bakti